Thursday, October 7, 2010

action speaks louder than word.

hari ini aku memilih untuk diam. diam daripada untuk mengeluarkan kata-kata. diam daripada segala jenis makanan dan minuman. diam melakukan kerja yang diarahkan. diam untuk mengelakkan diri daripada segala jenis percakaran.

aku adalah seekor makhluk yang boleh tinggal diam di sesuatu tempat tanpa mengeluarkan walau sepatah kata pun selama berhari-hari. mungkin juga berminggu-minggu.

diam aku selalunya tanda protes. aku tidak mampu untuk menunjukkan bangkangan aku dgn kata-kata. kerna bila aku mula bersuara pasti ada yang tidak menggemarinya. jadi lebih baik aku diam.

dalam diam aku, aku lebih byk berfikir. berfikir ttg setiap kejadian yang menimpa aku. aku tidak mampu menidakkan yanh setiap yg berlaku ada makna di sebaliknya. cuma permasalahannya, kehendak aku. keinginan aku menerima hakikat dan berhadapan dgn realiti agak sukar untuk dilakukan.

terlalu banyak yang mengganggu. aku berhadapan masalah depression. aku sedar ttg itu. penyakit yg aku cipta sendiri kerana keengganan aku untuk bersuara....

Friday, October 1, 2010

Prolog

Sejujurnya, aku perlu berbicara dengan telus dari sudut hati aku. Sebab itulah blog kedua ini diwujudkan. Aku pula jenis manusia yang suka memendam perasaan. Sedih ke, sakit hati ke, semuanya aku simpan sendiri.

jadi terpaksalah aku wujudkan blog ini untuk aku luahkan isi hati aku sendiri. Biarlah setiap apa yang aku catatkan disini menjadi diari rahsia untuk diri aku. Biarlah jauh dari pengetahuan keluarga dan rakan-rakan baik aku.

Biarlah aku menjadi matang dan berubah melalui blog ini.

Aku hanya inginkan kebaikan. Aku mahu lupakan kisah-kisah silam aku yang lalu.