Sejujurnya, aku perlu berbicara dengan telus dari sudut hati aku. Sebab itulah blog kedua ini diwujudkan. Aku pula jenis manusia yang suka memendam perasaan. Sedih ke, sakit hati ke, semuanya aku simpan sendiri.
jadi terpaksalah aku wujudkan blog ini untuk aku luahkan isi hati aku sendiri. Biarlah setiap apa yang aku catatkan disini menjadi diari rahsia untuk diri aku. Biarlah jauh dari pengetahuan keluarga dan rakan-rakan baik aku.
Biarlah aku menjadi matang dan berubah melalui blog ini.
Aku hanya inginkan kebaikan. Aku mahu lupakan kisah-kisah silam aku yang lalu.
No comments:
Post a Comment